Pada awalnya aku tidak pernah membayangkan akan membina laman blog ini untuk aku kisahkan satu persatu perjalanan aku di sini.
Namun, kerana sedikit keresahan, aku perlu bina satu jembatan baru untuk aku melangkah dengan sejuta harapan baru agar apa yang aku lalui selama ini ikhlas dan meninggalkan kesan positif dalam perjalanan aku ini.
Bukan kerana mengejar sejuta bintang di langit untuk aku dakap semua mimpi2 namun cukup untuk aku ungkai kecemasan fikiran yang seringkali menganggu senyumanku.
Untuk apa, andai itu soalan yang berputar dan sering meninggalkan tanda tanya...biarlah hati aku yang menjawabnya..kerana aku perlu bahagia seperti mereka di luar sana.
Aku sudah puas menanti,aku sudah jemu berlinang duka tetapi kini aku ingin berdiri atas kepayahan dulu bersama setetes kegembiraan, bukan pautan duka yang lampau.
Payah atau mudah, ada dalam diriku. Apa yang perlu hanya panduan, ya panduan...
Aku perlu singkap cahaya itu untuk sinari langkah yang makin lumpuh, makin menyimpang..
Demi Dia, Allah Yang Paling ku cintai....
Sekian.. My Story M42LY 😊
Tidak ada komentar:
Posting Komentar